Tuesday 12 October 2010

itQan Training & Management

ItQan Training & Management diasaskan bagi mendepani situasi masyarakat negara ini yang semakin hari dilihat semakin gawat. Gejala sosial yang menimpa golongan remaja seperti pergaulan bebas, zina, penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, melepak, gejala rempit dan lain-lain lagi amatlah membimbangkan. Ini ditambah pula dengan pertambahan kes-kes jenayah seperti bunuh, rogol, rompak, dera, penyelewengan, pecah amanah dan pelbagai lagi jenayah yang akhir-akhir ini bercambah dan berkembang seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Terlalu banyak sehingga tidak mampu dicatat kesemuanya di dada-dada akhbar.

Justeru, ItQan cuba untuk menyumbang bakti kepada masyarakat tidak kira pelajar, mahasiswa, badan swasta, kerajaan, masyarakt kampung mahupun penduduk bandar dengan menyalurkan kefahaman dan kesedaran serta motivasi mendepani cabaran semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat dan negara masa kini.

ItQan merupakan sebuah syarikat latihan dan perunding pembangunan syahsiah insan ke arah mencapai kecemerlangan bersepadu merangkumi diri, keluarga dan organisasi yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, fokus utama ItQan adalah untuk memberikan kesedaran seputar persoalan mengenal hakikat insan, matlamat akhir kehidupan dan tujuan penciptaan manusia selaku hamba Allah SWT.

Gabungan graduan Universiti tempatan dan luar negara di dalam ItQan dijangka mampu menyumbangkan sedikit momentum perubahan dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan utama dalam program-program yang telah dan bakal dijalankan. Di ItQan, kami juga menggunakan sepenuhnya kemajuan di dalam bidang teknologi maklumat (IT) dalam menjayakan setiap modul dan aktiviti bagi mempertajam tombak dakwah sejajar dengan kemajuan Teknologi Maklumat tanah air.

ItQan Training & Management telah ditubuhkan dan berdaftar secari rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 24 Oktober 2010 (No Pendaftaran : JR 0019104-U). Walaupun syarikat ini baru sahaja bertapak di bumi Malaysia, akan tetapi seluruh tenaga kerja di ItQan telah mempunyai pengalaman yang sangat luas di peringkat nasional dan antarabangsa dalam mentadbirurus program-program motivasi dan pembangunan insan. Gabungan para graduan yang pelbagai latar belakang ini membuatkan ItQan lebih dinamik dan berprestasi dalam menyumbang ke arah kecemerlangan individu, keluarga, organisasi dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment