Tuesday 12 October 2010

Objektif itQan

Di peringkat individu insan, itQan berusaha untuk:

ü Memberikan kesedaran tentang hakikat insan, matlamat akhir kehidupan dan tujuan penciptaan manusia selaku hamba Allah SWT.

ü Menerapkan nilai-nilai murni di dalam Islam di samping memberi kesedaran tentang kepentingan bergama dan beramal dengan agama secara menyeluruh.

ü Memberi kesedaran terhadap permasalahan semasa umat Islam dan tanggung jawab setiap lapisan masyarakat sebagai ummat yang bergelar ‘khalifah’ Allah.

ü Mewujudkan persefahaman dan ukhuwah islamiah yang tinggi di kalangan peserta agar dapat melahirkan ‘team work’ yang mapan dan dapat bekerja sama dalam setiap bidang yang diceburi.

ü Menerapkan konsep kehambaan kepada Tuhan (muroqabatullah) agar melahirkan masyarakat yang hanya sebenar-benar cinta dan takut kepada Allah

Di peringkat organisasi, itQan berusaha untuk:

ü Menyelaraskan visi dan misi organisasi dengan landasan Islam.

ü Mendorong pelaksanaan tugas dengan tulus, telus dan optimum.

ü Mengurangkan amalan-amalan negatif menerusi pencegahan secara inside-out yang bersifat pro-aktif.

ü Memudahkan terbentuknya regu kerja yang baik.

ü Membentuk suasana kerja yang kondusif dan harmoni.

ü Meningkatkan rasa sayang dan hormat kepada organisasi.

No comments:

Post a Comment